Isnin, Jun 01, 2015

KES PECAH RUMAH

Jumaat, 3 April. 4 pagi. 2015. Aku dikejutkan dari tidur. Ada ramai orang dalam bilik aku. Aku, isteri dan 2 anak diikat dengan wayar oleh 4 lelaki bertopeng tak dikenali. Mereka bersenjatakan pisau. Pisau itu pisau dari dapur aku.

Aku baru bangun tidur dan aku mamai. Aku ambil masa beberapa saat juga untuk merumuskan bahawa ini satu rompakan. Aku terus membaca fatihah.

Dulu, lebih kurang 14-15 tahun dahulu, rumah aku di Flat Bukit Chagar pernah kena pecah. Tetapi pada masa itu tiada orang di rumah. Yang pecah masuk rumah itu adalah remaja belasan tahun anak-anak jiran. Kes itu sahaja telah buat aku trauma.

Kes baharu ini pula melibatkan senjata dihunuskan dan ancaman keselamatan. Kes kali ini lebih memberi tekanan jiwa.

Hendak berkongsi cerita mengenainya pun aku teragak-agak kerana pemikiran aku kena mengingati dan melalui semula pengalaman pahit itu. Tapi aku paksa diri juga untuk bercerita agar menjadi iktibar, jika ada iktibar di dalamnya.

Perkara pertama yang aku fikirkan adalah keselamatan keluarga. Ikut sahaja kata-kata perompak itu. Dalam loghat Indonesia perompak menuntut barang kemas, tunai, dan gajet (berserta password).  Mereka mengugut akan melarikan anak jika tidak diberi kerja sama. Kami turutkan apa yang kami mampu.

Dalam masa yang sama aku cuba mengingat fizikal mereka untuk laporan polis kemudian. Mereka membalut muka dengan baju atau kain sebagai topeng. Seorang dari mereka memakai jersi JDT. Bau mereka adalah kombinasi kain buruk dan peluh. Badan mereka sihat tegap macam kerja buruh kasar. Tinggi antara 160-175 cm. Mereka berkasut dalam rumah. Itu sahaja yang aku ingat.

Isteri ku tidak menggunakan feature cloud pada telefonnya. Bila perompak itu meminta mematikan feature itu, isteri aku kata yang benar, dia tidak tahu. Perompak itu, ketua mereka barang kali, jadi berang dan menghempas telefon tersebut ke lantai. Dia cuba menendang isteri tetapi kena sipi pada bahagian bahu.

Mereka terus mengeledah. Selain semua telefon bimbit, wang tunai dan beg tangan, mereka juga mengambil baju, jaket columbia dan beg gunung aku. Kasut jogging aku juga dikebas.

Mungkin mereka berada dalam rumah 30 - 45 minit kemudian mereka melarikan diri.

Kami membuka ikatan dan membuat panggilan polis dengan telefon rumah. Menurut siasatan, mereka telah masuk dengan menggunting grill tingkap. Mereka lari keluar melalui pintu terus ke seberang jalan ke arah kebun kelapa sawit depan rumah. Lebih kurang 10 anggota polis datang membantu siasatan.

Menurut polis kawasan taman perumahan saya ini kawasan hijau. 10 tahun dibina, tidak pernah ada kes jenayah selama ini. Kes di rumah aku adalah kes pertama.

Apa perasaan mangsa pecah rumah? Kami tidak menyalahkan takdir. Kami salahkan perompak. Kami rasa dicerobohi. Bayangkan diancam dalam bilik tidur, tempat paling private, untuk seorang manusia.

Dalam masa yang sama, kami bersyukor. It could be worse. Nasib baik kami tidur berbaju, walaupun malam itu malam Jumaat. Nasib baik tiada kecederaan fizikal. Macam-macam lagi nasib baik kerana perompak itu tergesa-gesa.

Sekarang aku dah pasang alarm. Harap tiada lagi kes rompakan yang membabitkan aku sebagai mangsa. Trauma masih ada. Kerisauan dan ketakutan.

Pernahkah anda menjadi mangsa jenayah?

Isnin, Januari 19, 2015

Anugerah Juara Lagu 29

1. Apa Khabar dari Sonaone dan Joe Flizoe lagu terbaik tahun ni. Aku tepuk dahi. Tak minat langsung. Aku lebih suka hip hop Warih, Altimet dan Malique. Malique dah bertaubat, dan buat lagu-lagu spiritual. Tak perlu kita seru dia kembali ke alam lagho.

2. Aku tak pernah suka Edry tapi bila dia bercatur ganti Azwira dengan vokalis buta jalanan, aku terus tabik sama dia. Lagu Romancinta oleh Mojo terus menang persembahan terbaik kerana bantuan persembahan pemuzik buta.

3. Amy Search, Zainal Abidin dan M Nasir are too old for the stage. Tak menyengat lagi.

4. TAPI, yang jadi bahan paling sedap libas adalah bah promo Qu Puteh sebagai penaja utama. Bila Suzuki taja piala AFF terus piala tu jadi Suzuki Cup. Sebelum tu Tiger Cup sebab tajaan Tiger beer. AJL29 ni boleh la kita panggil Piala Qu Puteh. 

Punyalah memualkan, setiap ada ruang selingan Qu Puteh mesti selit. Dari sudut pemasaran, ia berjaya buat orang ingat dia tapi orang ingat macam ingat tengkorak tepi jalan. Elakkan! 

Bertambah buruk lagi bila iklan-iklan Quputih ni nilai produksinya rendah. AJL nampak murahan bila ditaja dengan iklan produksi yang tidak nampak professional.

Kenapa kita jadi sebel? Kenapa kita rasa nak muntah?
a) Terlalu banyak Quputeh sangat. Air kalau banyak sangat jadi bah. Sama la kes Quputeh ni.
b) Model jelik. Aku tidak kaitkan model ni dengan keputihan tapi aku kaitkan dengan "gemuk bling-bling perasan menarik."

Kalau aku jadi owner Qu Puteh aku iklan berpada-pada. Laburkan duit untuk bayar production yang bagus untuk iklan tv tu. Dan tentunya, hire model yang lebih sedap dipandang mata.

Sebagai tanda protes dengan tagline Quputeh, "Barulah putih, Lebih cantik, lebih putih," aku akan sunbathing sampai rentung gelap. Sebab hitam itu menawan.

Khamis, Januari 15, 2015

LESEN DAN KAD PENGENALAN




Lesen aku mati, lantas aku ke pejabat pos untuk hidupkan. Pejabat pos perlu kad pengenalan untuk hidupkan lesen tetapi malangnya chip kad pengenalan aku rosak tak boleh digunakan. Kesimpulannya, lesen dan kad pengenalan aku sehidup semati adanya.

Aku pergi Jabatan Pendaftaran Negara, Kulaijaya untuk dapatkan kad pengenalan baharu. Suprisingly, urusan di JPN Kulaijaya cepat. Tak sampai 20 minit. Tak macam badan kerajaan langsung. Mungkin dengan kewujudan Urban Transformation Center yang banyak, urusan kerajaan bertambah cekap. Tahniah gomen!

Kerani JPN pun sopan. Dia minta maaf, "Maaf encik, gambar encik tak berapa jelas sebab kepala encik memantulkan cahaya lampu kamera." Mmmm. "Apa bodoh sangat, letak la lampu kamera itu pada sudut 45 darjah agar pantulan cahaya tak patah balik kepada kamera. Kalau letak tegak 90 darjah memang la gambar overexposed! " Aku jerit dalam hati. Ya, dalam hati je. Buat apa la aku nak marah kerani yang sopan santun ni. Lagi pun bukan bidang kuasa dia nak alih lampu kamera.

Apa pun, kena tunggu 14 hari sebelum aku boleh datang ambil kad pengenalan baharu. Sementara itu guna kad pengenalan sementara. 14 hari aku memandu tanpa lesen.

14 hari kemudian. Tadi aku ambil kad pengenalan baharu. Urusan lancar, tak sampai 15 minit. Tak sempat aku nak melukis suasana dalam JPN. 

Kemudian, aku pergi pejabat pos untuk buat lesen memandu. Benda seronok kau boleh main dengan kawan kau kat Pejabat Pos atau Pejabat Kerajaan adalah game, "cari perkataan." Pejabat-pejabat ini suka tampal notis kat dinding. Rekabentuk notis ini tak sekata. Ada font besar. Ada font kecik. Ada yang tulis tangan dengan marker juga. Kadang-kadang akak kerani tu DIY tambah design bunga-bunga. Untuk soalan pertama, cuba korang kira berapa banyak perkataan "sila" korang boleh cari.

Sampai giliran aku, aku tunjukan kad pengenalan baharu dengan alamat baharu dan gambar baharu yang penuh cahaya keimanan itu. Kerani pejabat pos tu pun proses. Aku dapat lesen baharu. Siap. Yang hairannya, di lesen aku tercetak alamat lama, Flat Bukit Chagar. Aduhai! Aku dah berzaman pindah. Sejak zaman Mahathir kot. Flat Bukit Chagar itu pun dah lama tak wujud sebab dirobohkan untuk bikin Kastam Imigresen JB Central.

Well, secara positifnya, kalau aku buat kesalahan trafik pihak berwajib buru aku kat Flat Bkt Chagar. Selamat.

Rabu, Januari 14, 2015

Hari Lahir Afimon

Semalam hari lahir Afimon. Dia kata, "Harijadi Afi berterusan selagi papa tak beli hadiah." Hari ni hari lahir Afimon lagi. Mungkin juga esok dan lusa.

Isnin, Januari 05, 2015

SENARAI CUTI BERANGKAI

Kita kena rancang cuti dan perjalanan kita. Berikut adalah senarai cuti berangkai 2015, sesuai sangat untuk beriadah. Namun begitu kalau tidak ada duit, tarikh-tarikh berikut sesuai untuk rancangan marathon tidur di rumah sahaja.

KASUT SUKAN NIKE PILIHAN RAMAI




Kalau disebutkan apakah jenama sukan yang paling popular di Malaysia ketika ini pasti ramai yang akan memberikan jawapan bahawa takhta itu adalah milik jenama sukan terkenal Nike Malaysia!

Ini kerana tiada siapa dapat menyangkal populariti yang diraih oleh Nike selama ini. Selepas bertahun-tahun mereka masih mengungguli carta dengan barisan produknya yang diterima ramai bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Dengan berbekalkan pengalaman sejak penubuhannya, Nike terus mengorak langkah dalam dunia sukan. Mereka berjaya memberikan saingan yang cukup sengit buat para pesaingnya dengan barisan produk yang cukup unik, penuh dengan inovasi dan terbaik.
Antara produknya yang paling popular ialah kasut sukan. Kini koleksi kasut sukan terkini Nike shoes Malaysia bukan sahaja diminati oleh orang biasa, malah menjadi pilihan ramai selebriti terkenal Hollywood. Ini bukanlah sesuatu yang janggal, kerana semua orang mahukan produk sukan Nike yang sememangnya sudah lama dikenali kerana kualitinya yang cukup hebat.

Jom kita lihat beberapa gambar selebriti popular di bawah ini yang kelihatan cukup selesa mengenakan kasut sukan daripada Nike.





Sudah terbukti kasut Nike sememangnya menjadi pilihan ramai!

Ahad, Januari 04, 2015

Bulan

Bulan di dada langit
Aman
Anggun
Angkuh

Seperti riak ku bila kau pergi

Bayangan bulan di ombak laut
Gigil
Ganas
Gementar

Seperti jiwa ku bila kau pergi.

Isnin, Disember 29, 2014

MABUL

1. Semporna-Mabul-Sipadan. Sedikit hari dulu selalu masuk berita kerana kes penculikan. Walau hari-hari masuk berita, bagi aku rakyat Malaysia amnya masih tak faham geografi tiga lokasi ni. Bila aku kata aku ke Mabul, mereka balas, "Kat mana tu?" Sebenarnya aku sendiri pun terkeliru lokasi ini walaupun aku ada membaca mengenainya.

Lokasi tempat-tempat ini adalah di Barat Borneo. Lapangan terbang terdekat adalah Tawau. Dari Tawau ke Semporna, 1 jam memandu. Mabul dan Sipadan adalah pulau. Dari Semporna ke Mabul, 1 jam dengan bot. Dari Mabul ke Sipadan pula 45 minit. Di Sipadan tiada penduduk. Penyelam datang ke Sipadan tetapi tidak bermalam. Pulau-pulau ini terletak di laut Celebes. Mmm kau baru ni tahu ada laut nama Celebes kan? kan?



2. Aku pergi ke Mabul untuk melakar Rumah Bajau Laut. Sambil menyelam minum air, aku juga snorkling dan selam scuba. Di Mabul ada beberapa kategori manusia:

  • Pasukan Keselamatan (Tentera dan Polis)
  • Pengusaha Tempat Pelancongan
  • Suku Suluk/Tausug (Muslim)
  • Suku Bajau Laut 
  • Pelancong
3. Bajau laut ini terletak dalam bawah garis kemiskinan tegar kerana. Tetapi aku lihat mereka ini hidupnya ringkas. Rumah lebih kurang macam pondok jika ikut piawai orang darat. Hidupnya dari dasar laut dan barter dengan orang darat.  Seharian pergi ke laut. Anaknya pula mencari sejenis kepah bila air surut. Teringat kata seorang bijak pandai: Orang yang senang itu adalah orang yang cukup. Orang yang susah itu adalah orang yang tak cukup.

4. Di Mabul, aku tinggal di Scubajeff. Hos kami sangat mesra dan peramah. Rasa macam keluarga bila berada di sana.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin