Ahad, Ogos 31, 2008

MIMI BUAT PENGAKUAN

Bukan cinta sahaja yang buta. Cemburu juga buta. Mereka lahir sebagai kembar tetapi yang pastinya cinta yang akan mati dahulu.

"Sir, saya nak minta maaf," kata Mimi.

Kerja dia ni asyik minta maaf sahaja. Apa lagi salahnya kali ini?

"Yang SMS dengan Sir semalam bukan I tetapi my boyfriend. Dia ambil henpon I. Dia menyamar sebagai I."

Aku dah agak dah. Lain macam je bunyinya sms tu. Nasib baik aku berhenti melayan provokasi itu cepat. Cemburu la tu agaknya.

Apa pun, takbur aku melonjak ke paras tertinggi bursa saham papan kedua. Dalam usia yang sebegini aku masih boleh memberi ancaman kepada lelaki yang lebih muda. Aku tidak tua bila usia memanjat, aku cuma jadi semakin klasik.

Kalau mayat aku dijumpai dalam kereta terbakar hangus, kalian tahulah motif pembunuhan aku.

Kata Pujangga:
“Jealousy is all the fun you think they had.” - Erica Jong (Writer and feminist, 1942)

“A competent and self-confident person is incapable of jealousy in anything. Jealousy is invariably a symptom of neurotic insecurity.”- Robert A. Heinlein (Science-fiction Writer, 1907-1988)

“Jealousy is nothing more than a fear of abandonment” - Anon

“Young love is about wanting to be happy . Old love is about wanting someone else to be happy.”- Mary Pipher (Pychologist)


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
T-Shirt Designs
Book Cover Designs
Movie Poster Designs

.........

Selamat Pengantin Baru: Nora Icha dan Nasrun. Semoga bahagia hingga ke syurga.

Sabtu, Ogos 30, 2008

ESEMES PIEMES

Di wajah Nora Zain ada bintik-bintik jerawat kecil. Semalam tidak ada.

Ketika makan malam dia salahkan engkau kerana kelkatu jatuh dalam jus epalnya. Dia juga salahkan engkau kerana nasi ayam lewat sampai. Malah, dia juga menyalahkan engkau kerana hari ini hujan renyai.

Pulang dari makan malam dia menghantar beberapa SMS kepada engkau. Tuduh engkau itu ini lagi. Maki engkau itu ini lagi.

Engkau balas dengan satu SMS sahaja. SMS itu kosong tanpa apa-apa batang huruf. Engkau harap dalam lambungan gelombang kekacauan jiwanya, dia masih boleh mentafsir bahawa engkau tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan tentang isu-isu yang dibangkitkan. Engkau diam seribu bahasa.

Jumaat, Ogos 29, 2008

HARI RIMAU SEDUNIA

Perayaan Hari Rimau Sedunia tahun ini disambut meriah walaupun kerajaan menyeru rakyat untuk berjimat dan berhemah. Sesuai dengan tema tahun ini, "mengaum sambil tunjuk belang."

Terimaksih kepada mereka yang mendoakan dan mendendang lagu Selamat Hari Jadi melalui SMS, blog, bukumuka, friendster, myspace, akhbar, radio dan televisyen. Aku rasa terkasima. Air mata ku jatuh atas huruf Space Bar papan kekunci.

Kepada mereka yang berparti buih dalam S.S. Minnow bersama aku, kalian memang happening. Aku rasa by now tubuh kalian mesti sudah lembut kerana berendam dalam lebihan sebatian pelembut Softlan.

Pengumuman Lost and Found: Sesiapa yang tertinggal IPhone warna kelabu, kasut tinggi cap Prada dan bra swimsuit warna pink, sila tuntut dari Alfred, butler aku. Sesiapa yang terambil jam Breitling aku, sila pulangkan juga kepada Alfred. Harganya tidak mahal tapi ada sentimental value kepada aku.

Tokoh Rimau sempena sambutan Hari Rimau Sedunia tahun ini jatuh kepada Naga kerana jasanya membuat aku ketawa sampai jatuh kerusi.

...............

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Pagi itu, sahabat aku yang tinggal di ibu kota, bermisai dan kuat hisap rokok, menitip SMS kepada aku.

"Selamat Hari Jadi komrad! Maaf aku tidak ada c*pap. Jika ada, nescaya sudah aku hadiahkan kepada engkau."

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Khamis, Ogos 28, 2008

DIRGAHAYU





Aku menyambut hari warga berlian. Berlian itu selamanya. Sempena itu, aku mahu bertitah. Ingat hari lahir ku, lupa tahun lahir ku. Ha! Ha! Ha!



Aku anugerahkan Dean Sham pingat JPS (John Player Special) yang membawa pangkat Tun. Jangan salah guna pangkat ni.



Aku anugerahkan Lan Rasso pingat Jaksa Pendamai yang membawa pangkat Datuk. Bila beliau ada skandal dengan mana-mana artis, senang la akhbar menulis Fasha hanya berkawan dengan dengan Datuk L.



Untuk kekasih ku, Sitijatatiqaziena, amboi panjangnya nama, you tidak perlu bagi hadiah kat I. Malah, I akan curi bintang di dada langit untuk you. Suka? I memang ada estet tebu dibibir.



Dan, kepada gadis Batu Pahat. Pulangkan hati ku yang kau curi. Kluang, Kota Tinggi, Muar, Pontian dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya juga. Secara biologinya aku tidak boleh hidup tanpa hati.



Untuk Soljah, kekanda di medan perang adinda di medan seni. Sama-sama berjuang untuk ibu pertiwi.



Dan kepada semua penjenayah yang aku hukum sebelum ini. Aku bagi pengampunan bersyarat. Jika kalian sudah insaf dan berikrar akan berubah. Aku maafkan kalian. Yang mana aku buang negeri tu, pulanglah. Keluarga kamu menanti setia.



Aku dah beli sabun Daia saiz ekonomi dan pelembut Softlan. Sebuah parti buih besar-besaran akan di adakan atas bot mewah, S.S. Minnow, lengkap dengan jakuzi yang port dua batu nautika dari Teluk Danga. Semua dijemput hadir. Sila berpakaian mengikut tema. Tema untuk tahun ini: Sport Illustrated - Swimsuit Edition.

Rabu, Ogos 27, 2008

ONE MISSED CALL

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Pagi itu, sahabat aku yang tinggal di ibu kota, bermisai dan kuat hisap rokok, menelefon aku. Aku biarkan sahaja telefon berdering. Aku biarkan sahaja telefon bergetar. Aku tidak mahu jawab.

Petang itu, baru aku ada selera mahu hidup. Aku telefon dia. Aku tanya, "Wazzup bro?"

"Dah petang nak maghrib baru nak telefon semula. Apa barang?"

"At least gua call"

"Mentang-mentang aku tak ada c*pap, kau tak mahu angkat return call."

"Okay, gua salah. Lain kali lu tumbuh la satu c*pap."

"Ha! Ha! Ha!"

Sahabat aku yang tinggal di ibu kota, bermisai dan kuat hisap rokok, kalau tak mencarut tak sah.

Dari kaca mata dia, aku buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.

Selasa, Ogos 26, 2008

HUJAN DUA HARI, PANAS SEHARI

Kau mesti tertanya-tanya kenapa Tok Rimau menyorokkan blog. Setelah engkau datang baca, kau dapati ada la sedikit kelainan tetapi tidaklah menggegar dunia sastera tanah air pun.

Sebenarnya, salah satu sebab aku tidak mendedahkan diri aku kepada umum lagi kerana aku nak tulis entri seperti berikut. Aku nak tanya manis tak entri ni? Sweet kan?


............................

Aku merungut-rungut ketika melipat kain. Dua bakul banyaknya.

"Banyaknya nak dilipat. Bra awak je sampai enam pasang. Apa kes sampai bra banyak-banyak ni? Benda tu dua je."

Awek cun yang mengorat aku mencekak pinggang.

"Amboi-amboi merungut pula. Saya yang basuh berbakul-bakul ni, sidai berbakul-bakul ni, sikit pun tidak bunyi. Apa kes spender awak sampai tiga pasang. Barang tu satu je."

Aku merungut-rungut lagi. Kali ini dalam hati sahaja.

PEDIH

Pesan Mobius:
Kalau kamu bertikam lidah dengan pacar kamu, hujah dalam bentuk soalan retorik yang paling kejam lagi menusuk kalbu adalah, "apa lagi yang engkau mahu dari aku?"

Pedih. Pedih. Pedih.

Isnin, Ogos 25, 2008

PANGGILAN DARI GIG

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Bunyi nada dering lagu I am Yours oleh Jason Mraz.

Ajan: Hello!

Rima: Hello!

Rima: Apasal bunyi bising kat tempat you?

Ajan: Musician tengah buat sound check drum.

Rima: Bisingnya.

Ajan: Dengar bunyi drum ni, I tiba-tiba teringat kat you.

Rima: Jahat!

MENUTUP LANGIT

Seminggu sudah blog aku menyorok. Kawan-kawan yang ingin membaca menghubungi aku melalui telefon, e-mel dan Bukumuka. Aku jemput mereka jadi pembaca.

Dulu aku ada sekitar 200 pembaca sehari tetapi sekarang, setakat ini cuma ada 20 pembaca yang boleh membaca. Selamat tinggal lampu neon dan flash kamera. Selamat tinggal alam glamer.

Pun begitu, mengamalkan dasar langit tertutup ini buat aku rasa sunyi. Rasa sepi. Perasaannya seperti tiada ada orang peduli lagi. Untuk hilangkan kesepian, aku coret entri ringkas di nota Bukumuka.

Aku bukan sahaja menyorokkan blog, aku juga mula memboikot orang di Gtalk dan Yahoo Messengger. Di Bukumuka, aku padam kawan-kawan tanpa foto profail. Apahal tiada muka dalam Bukumuka? Aku tidak perlukan sahabat punya rupa tanpa wajah.

Aktiviti memadam orang ini buat aku merasa seperti punya kuasa malaikat maut. Rasa amat berkuasa. Rasa kejam. Kalau tidak percaya, cubalah. Pilih satu orang, dan padam dia dari hidup kalian. Kalau dia tanya, "kenapa buang aku?" Jawab dengan sombong, "engkau tidak layak untuk berkawan dengan aku."

Jumaat, Ogos 22, 2008

BERCANDA DENGAN PARJO

"Mahu makan apa?" soal Parjo.
"Roti telur satu. Teh ais gelas besar," jawab Don.
"Roti telur satu! Teh ais gelas besar satu!" jerit Parjo kepada buat roti dan tukang buat air. Tanpa berfikir.

Pendidikan Parjo tidak tinggi kerana keniskinan. Menghafal dan menulis pun tidak lancar. Dia datang dari Kediri, Indonesia, mencari rezeki di Restoran Yasin. Antara kerjanya adalah mengambil pesanan dari pelanggan.

Oleh kerana dia lambat menulis dan tidak kuat menghafal, dia akan menggunakan memori jangka pendek untuk mengingat pesanan. Kemudian dengan kadar segera, sekilas kilat, dia menjerit pesanan melepaskan tanggung jawab untuk mengingat. Selepas menjerit pesanan kepada tukang masak, dia tidak perlu ingat lagi. Strategi ini tidak membebankan segelumit pun daya fikirnya.

Kadang-kadang pelanggan nakal mengusik.



"Mahu makan apa?" soal Parjo.

"Teh halia gelas. Besar. Telur dua biji dalam kerandut," kata aku pantas.
"Teh halia gelas! Besar! Telur dua biji dalam kerandut!" jerit Parjo.

Satu restoran pandang Parjo. Apahal la pula Mat Indon ni mencarut kuat-kuat.

"Ops!" kata Parjo. Baru terfikir la tu.

Aku dan Don ketawa.

"Maaf ibu-ibu! Bapak-bapak!" jerit Parjo tersipu-sipu.

Khamis, Ogos 21, 2008

MADU DAN RACUN

Cerita Mobius:

"Kita nak lunch mana?" tanya aku kepada Don.

Don akan jawab, "Susah betul soalan engkau. Mahboub servis lembab. Singgara entah buka, entah tidak. Mak Minah tutup hari Jumaat. Safinah mahal sangat. Restoran Salam pulak, taukenya selalu masam muka. Tidak friendly langsung. Terima duit pun tak mau senyum." Don garu-garu kepala botaknya macam memikirkan jawapan kepada soalan cepuemas. Pening kepala Don nak memilih restoran.

Tetapi lain pula dengan Yantie, kalau aku bertanya.

"Kita nak dinner mana?"

"Mana-mana pun okay. Terpulanglah kepada bajet you."

Yantie menjeling sambil menyimpul senyum. Aku kalah dengan senyum itu. Aku meraba dompet dalam kocek. Kocek belakang jeans aku. Mmmm. Takkan la jeans dia pula.

Rabu, Ogos 20, 2008

NE NO NE NO NE NO KECEMASAN

Ain dan Razak ajak aku tengok wayang cerita animasi Disney, Wall.E.  Aku layan je la. Turut serta adalah adik Ain, Boboi, yang berumur 6 tahun. Bukan main lagi budak tu, pakai tee Oshkosh dan jeans Levi's. Aku dulu dah masuk universiti baru boleh sambar Levi's. Itu pun pakai duit biasiswa.

Apa pun, Ain dan Razak behave sikit kerana Boboi ada. Takut Boboi report kat emak. Kalau Boboi tak ada, mereka dah pegang tangan dan peluk pinggang dah. Aku pun haram tidak diajaknya. Kacau daun je.

Masa beli tiket, Razak bawa Boboi pergi tandas. Lepas itu, aku dan Ain tunggu kat popcorn. Tiba-tiba kami dengar jeritan dari tandas. Suara Boboi tu. Kelam kabut kami pergi tandas. Ain pun ikut masuk tandas lelaki.

Razak nampak cemas. Macam bini nak beranak. Boboi menjerit-jerit. Bird dia sudah sangkut kat zip. Bukan, zip sudah sangkut kat Bird dia. Damn. Ain pun jadi cemas. Risau Boboi mati pucuk pulak.

Terus kami ke klinik 24 jam terdekat. Aku sakat, nanti doktor akan sunatkan. Menjerit-jerit Boboi. Kecoh Si Ain dan Razak marah aku. Apa pun, doktor suruh terus masuk. Tidak perlu tunggu giliran. Ain dan Razak ikut masuk, aku kat luar baca pamplet kesihatan mental.

Akhirnya berjayalah bird Boiboi diselamatkan. Rugi je tiket wayang kami. Kami makan kat mamak sambil layan TV tonton kuda-kuda olimpik lompat wall. Tiada kena mengena Wall.E.

EKSPERIMENTAL BLOG

Aku bukan tutup blog. Aku cuma privatisasikan blog. Pengswataan? Bukan. Hanya pembaca dijemput sahaja boleh baca. Eksklusif la konon.

Naga sms, "Hari ni menang pilihanraya, esok tutup blog." Dia suka bergurau. Kemudian dia telefon waktu malam. Prihatin. Aku tidak angkat panggilan dia. Macam gay merajuk je. Busuk betul.

Amyz YM kata, "Awek-awek tok akan meraung tidak dapat baca blog." Little that she knows, awek-awek semua dapat jemputan.

Tiqah jumpa aku bersemuka untuk dijemput sebagai pembaca. Lobo pun begitu. Rudy Bluehikari kata aku ngada-ngada tetapi dia bagi e-mel mahu dijemput. Mat Jan juga tidak ketinggalan hantar e-mel mahu dijemput. Farah Adila merungut benci kepada aku di dinding Bukumuka.

Sayang juga mereka kepada aku.

Oleh kerana aku rasa pemurah, aku akan bagi hadiah misteri kepada Farah, Tiqah, Lobo, Rudy dan Mat Jan.

Selasa, Ogos 19, 2008

PANAS

Panas.
Panas biasa sebelum hujan turun.

Sabtu, Ogos 16, 2008

MAGIK OLIMPIK

Dari dulu sampai sekarang aku tidak faham tennis. Kenapa kiraan mata tennis terloncat-loncat?

Sekarang ada satu benda lagi yang buat aku musykil. Bola-bola tennis itu dimasukkan ke celah skirt dan hilang. Magik. Mana pergi bola itu?

Sampai bila-bila pun aku tidak faham tennis.

.........

Aku bagi 10/10 untuk atlet di bawah:

Selasa, Ogos 12, 2008

YANG REMEH DAN YANG TEMEH


Di Malaysia senyap je, di Indonesia riuh. Siap mahu ganyang-ganyangan lagi.  Isunya adalah Barongan (Sebahagian dari watak dalam Reog) yang terpampang di laman web rasmi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dengan lencana "Malaysia."

Pada 29 November 2007 sekitar seribu pengamal Reog Indonesia berdemo di  Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Mereka menuntut Pemerintah Malaysia meminta maaf atas tuntutan seni reog Ponorogo sebagai milik Malaysia sedangkan menurut mereka hak cipta kesenian Reog dicatatkan dengan nombor 026377 tertanggal 11 Februari 2004.

Baru aku tahu bahawa tarian turun temurun pun boleh dipatenkan.

Malaysia berhujah, ia tidak kata Barongan itu miliknya tetapi tarian itu adalah sebahagian dari kebudayaan komuniti Jawa Johor dan Selangor yang berasal dari Indonesia. Jika versi popular asal-usul Reog di Indonesia berkisah dari tarian yang meraikan dongeng Prabhu Kelana Sewandana memenggal Singo Barongan sebagai hantaran perkahwinan dengan Dewi Sangga Langit, di laman web Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia lain pula ceritanya. Dinyatakan Barongan adalah kesenian yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Allah Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap.

Baru aku tahu bahawa tarian turun temurun pun boleh diIslamkan.

Pernah dengar cerita kancil menipu buaya agar berbaris? Raja Sulaiman (Nabi) yang suruh katanya. Pengajaran cerita itu jelas, yang menyebarkan ajaran sesat adalah orang-orang panjang akalnya.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Reog Ponorogo
"Kucing bawa tidur rimau bawa igau," dari lirik Mantera Beradu oleh Malique feat. M. Nasir

Khamis, Ogos 07, 2008

WAKTU KEMUNCAK JB-WOODLAND

 
Good Fence-Bench Design for your butt.

Selasa, Ogos 05, 2008

KIFARAH

"Macam mana boleh jadi macam gini?" soal Wak Sayuti sambil menyeluk tangan ke dalam minyak urut.

"Entah la Wak. Cedera lama campur cedera baru. Terpaksa pula berjalan jauh dan berdiri berlama-lama."

Aku rasa seperti orang kurang upaya. Kaki aku lumpuh. Aku tidak upaya berlari atau berjalan. Aku cuma boleh duduk dan baring sahaja. Terlentang. Meniarap. Inilah kifarah kepada dosa yang bertimbun. Agaknya.

Berulang-alik Johor Bahru - Singapura pada waktu puncak adalah pengalaman yang menggetirkan. Ramainya manusia membuat laluan menjadi sesak. Sesak untuk pejalan kaki, sesak untuk motor, sesak untuk kereta, sesak untuk bas dan tambah sesak untuk lori. Tiga hari aku berulang alik kerana ada kerja di Singapore Management University buat kaki aku terpaksa berkerja keras. Menjerit-jerit betis aku yang bunting kelapa ini.

Perkara yang menyeksakan adalah terpaksa turun dari bas sebelum bas sampai di pusat pemeriksaan. Penumpang bas terpaksa berkira-kira dalam kesesakan lalulintas, bilakah masa paling untung untuk turun dari bas. Kalau turun cepat sangat, jauh la perjalanan. Jauh perjalanan, luas pandangan dan dapat penat. Kalau nak tunggu bas beratur dalam sesak untuk sampai ke pusat pemeriksaan, sempat beruban la janggut. Perkara lain yang menguji kesabaran pelintas sempadan adalah menunggu passport dicop oleh kastam Singapura. Mesti berbaris selama 30 minit hingga 90 minit bergantung kepada ramainya manusia. Muka masing-masing macam zombie.

Semua ini aku tempuhi dengan lutut kanan bekas tercedera kerana main bola keranjang dan buku lali kaki terseliuh kerana terpijak lantai yang tidak rata. Hasilnya, bila aku habis bertugas pada hari keempat, aku tidak mampu menginjak untuk berjalan tanpa rasa sakit yang sengsara. Aku jadi demam dan tidak boleh berjalan. Lumpuh.

Apabila sakitnya sedikit reda dan aku boleh bertempang-tempangan, Dean Sham bawa aku ke Parit Sikom untuk berurut di rumah Wak Sayuti. Wak Sayuti adalah pewaris ilmu penyambung tulang belulang dari ayahnya Wak Ngador. Di laman rumahnya, terdapat longgokan simen plaster (Cast) dari pelanggan-pelanggan sebelumnya.

"Kamu tak patah tulang, cuma masalah urat saraf saja," kata Wak Sayuti sambil ibu jarinya menggosok urat kaki aku.

"Tidak serius la masalah saya ni Wak?" tanya aku sambil menahan sakit di picit.

Dean Sham cuma duduk bersandar di pintu sambil mengetawakan aku.

"Tak serius. Muda lagi kok. Lepas urut ni lancar darah-darah. Boleh bagi nafkah kepada empat isteri," jawab Wak Sayuti sambil ketawa kecil.

Aku menyeringai. Lupa sekejap sakit sengsara.

"Dah lumpuh kaki pun tak insaf-insaf lagi," tegur Dean Sham yang lagi tadi duduk bersandar. Dengki la tu. Entah-entah lepas ni dia pula mahu berurut.

Jumaat, Ogos 01, 2008

RIMA MINTA DIPUJUK

Rima: Tiada orang suka kepada saya.

Ajan: Kenapa kata begitu?

Rima: Macam hina sangat saya ini. Mereka menjauhkan diri dari saya. Awak juga!

Ajan: Awak emo sangat. Awak selalu menyinggung perasaan orang. Itu pasal la.

Rima: Saya pun nak lari dari mereka. Dari awak. Saya mahu duduk satu pulau tanpa manusia. Biar saya tinggal dengan monyet-monyet sahaja.

Ajan: Jangan! Nanti monyet-monyet kat pulau itu tidak tahu nak lari ke mana.

Rima: Jahatttttt!

 ............

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Tujuh Universiti Percuma

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...