Rabu, Oktober 29, 2008

COMING SOON- 1 Nov 2008

MASKARA DATANG LAGI
Sabtu, 1 November 2008, 8:30 malam. Rumah PENA. Tayangan filem-filem pendek & pelancaran antologi cerpen "Romlah: The Untold Stories"


Seleksi 19 cerpen seksi, oleh 18 penulis sensasi
, tentang seorang gadis misteri. Cerpen-cerpen yang termuat:

ISTINJAK-ISTINJAK CINTA
oleh Mat Jan OBLIVION oleh Fadli al-Akiti ROMLAH 2108 A.D. oleh Sinaganaga TIADA HADHARI oleh Bahruddin Bekri ROMLAH SIMFONI DALAM A MAJOR oleh Nazri M Annuar BELALAI oleh Saharil Hasrin Sanin CINTA DALAM KACA oleh Tok Rimau SERABUT oleh Jowopinter ROMLAH CUTI SEMINGGU oleh Tok Rimau DADA MERAH oleh Zalila Isa HIP! oleh Op HALKUM oleh Si Dugong PUDING SUSU ROMLAH oleh Samurai KENAPA TERLALU SERIUS? oleh Kumprinx PELESIT oleh Jigo NAMAKU ROMLAH oleh Bambang Sastrowardoyo KEPANJING oleh Spyz TWIT TWIT TWIT oleh Harris Maulana CINTA KHIDMAT PESANAN RINGKAS oleh Pipiyapong


Filem-filem pendek yang akan ditayangkan:


MELAYU 106
oleh Mamat Khalid GRIP PHONE oleh Tok Rimau HITAM oleh Kumprinx 8 JAM oleh Che Wan Mohd Faiz & Mohd Nazri Zainuddin MY ALIEN GIRLFRIEND oleh Naz Annuar MATINYA SEEKOR AYAM KONGSI GELAP oleh Sinaganaga KERETA GOYANG oleh Jimadie & Cap Ayam SMS oleh Ajami Hashim HANTU SILAP MATA oleh Alif Firdaus Azis HAPPY PLACE oleh Ramdan Che Hassan ADIWIRA - PROLOGUE oleh Shazrol Suhaime HARI NI HARI BODOH SAYA CIK! oleh Bennylita Ramlee FIVE CHAIRS oleh Rozinor Razali RMN BROADWAY oleh Dean Sham CEKIK oleh Bin Filem KA SI PE CAH oleh Batsheeba Zalika Arsalan SEBUAH KARANGAN BERTAJUK KUALA LUMPUR oleh Geng Sifoo ULTRAMARINE | iBLACKHEART | SONG OF THE SEA oleh Zainuddin Jamil SURAT SEORANG IBU oleh Saiful Nang THE LOST COMMUNICATION oleh Fazleena Hishamuddin

TIPU KANAN TIPU KIRI

LEFT BRAIN FUNCTIONS RIGHT BRAIN FUNCTIONS
uses logic uses feeling
detail oriented "big picture" oriented
facts rule imagination rules
words and language symbols and images
present and past present and future
maths and science philosophy & religion
can comprehend can "get it" (i.e. meaning)
knowing believes
acknowledges appreciates
order/pattern perception spatial perception
knows object name knows object function
reality based fantasy based
forms strategies presents possibilities
practical impetuous
safe risk taking

Selasa, Oktober 28, 2008

KAWAN KHAYALAN

"Masa sudah tamat," kata Cikgu Khadijah, bekas pengikut Arqam yang kini menguruskan Tadika Al-Islah. "Semua hantar lukisan masing-masing."

Najmi mengambil lukisan budak lelaki berambut lurus disebelahnya. Budak itu diam sahaja. Tidak marah. Tidak menangis. Dia lihat sahaja Najmi menulis namanya sendiri Mohd. Najmi bin Ghazali dengan krayon warna biru atas kertas itu. Huruf  "z" Najmi terbalik macam biasa.

Cikgu Khadijah mengambil lukisan itu. Dia memerhatikan lukisan itu.

"Astaga! Apa nak jadi budak ni?! Cikgu suruh lukis gambar kucing, bukan gambar orang baring-baring atas lecak darah."

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Opening Lines of great literature.

Isnin, Oktober 27, 2008

PELURU CINTA

Hujung minggu Depavali habis dengan shooting Peluru Cinta. Fun. Kali ini tuan pengarah Dean Sham lebih teliti. Especially on acting. Cast and crew semua lebih mahir dengan produksi.

Minggu ini tumpu kepada proposal thesis. Fokus Jali, fokus!

Hujung minggu depan zoom ke KL untuk Maskara Shorties. Ngeteh dan hisap rokok dengan Soljah!

Khamis, Oktober 23, 2008

CERTOT CINTA KERA 2

Ida perlu menunggu 27 tahun untuk mendengar pengakuan dari aku. Pengakuan itu merungkai misteri yang tersimpul lama. Sebenarnya, tidak misteri sangat pun. Masing-masing sudah tahu apa yang terbuku di hati dulu lagi. Cuma, kata-kata itu tidak pernah terungkap. Tiada yang berani memulakan.

"Awak sepatutnya luahkan dulu lagi. Saya perempuan, takkan saya nak mula dulu," kata Ida.

Dalam masa 27 tahun macam-macam berlaku. Perempuan datang. Perempuan pergi. Hati terluka. Hati meluka. Cinta-cinta bertunas dan kemudiannya mati diinjak-injak. Aku kira pengalaman dia juga sama. Sehinggalah masing-masing ketemu jodohnya.

"Awak menyesal?"

"Tidak."

"Kenapa?"

"Andai kata kita meluahkan perasaan masing-masing dulu, kemungkinan besar kita akan berpacaran dan kemudian ada yang terluka."

"Ya. Betul kata awak. Lebih baik perasaan yang naive itu tidak ternoda. Kita simpan sahaja bawa mati."

Kemudiannya kami berbasa basi bertanya khabar. Bertanya tentang kerja. Tentang kesihatan. Tentang ibubapa. Dan kadang-kadang ketawa kepada peristiwa lucu dulu bagaimana perasaan itu pernah diterjemahkan kepada perbuatan-perbuatan kecil yang tidak jelas. Kami dua orang yang kalah menulis sejarah seadil mungkin.

"Kirim salam kepada hubby awak."

"Kirim salam kepada wife awak."

Kami pun mengorak langkah pulang ke arah yang bertentangan. Yang jatuh hati dulu adalah kami yang remaja ketika darah masih panas. Bukan kami yang sekarang ini.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Certot Cinta Kera 1

Rabu, Oktober 22, 2008

NYAWA-NYAWA IKAN

Sedang saudara mara dan taulan masih membaca Yasin di sebelah jasadnya yang nazak, aku mengambil cangkul dan memilih tanah sekangkang kera di bawah pohon beringin. Aku mahu kuburkan blog aku di situ.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Blog sudah ketinggalan zaman.

Isnin, Oktober 20, 2008

HAZARD (1992) by Richard Marx



Ada empat suspek kepada kematian Mary. Siapakah suspek itu dan apakah motif setiap satu? Tapi bagi aku, Richardlah yang mempunyai motivasi paling tinggi untuk membunuh Mary.

Ahad, Oktober 19, 2008

EKSYEN JEKSYEN

Tips dari Mobius:

Polisi aku untuk kawan Facebook adalah mengelakkan:
1. saudara mara,
2. rakan sekerja wanita, dan
3. orang yang tidak pandai jaga hati aku.

Hari ini, dua orang yang sudah aku remove dari Facebook buat request mahu jadi kawan. Macam mana?

Ya! Aku rasa macam bagus. Macam superdivo (Divo= Diva Jantan)! Aku tekan punat ignore. Mereka mesti kata aku ini berlagak dan eksyen. Well, sia-sia la butang ignore tu kalau tidak digunakan.

MAKE T-SHIRT

A birthday gift for a man too sexy to be 40.

Khamis, Oktober 16, 2008

AKU GAGAL PRINSIP AKAUN

KOS DAN PENDAPATAN (TAHUN?)
NO. TAJUK KOS PRODUKSI (RM) GENRE PENDAPATAN KASAR (RM)
1 Syaitan 1.26 mil Horror 0.494 mil
2 Qabil Khusry Qabil Igam 2.20 mil Romance 1.573 mil
3 Puaka tebing biru 1.28 mil Horror 1.030 mil
4 Mukhsin 1 mil Drama 1.963 mil
5 Chermin 1.87 mil Horror 0.760 mil
6 Jangan pandang belakang 1.72 mil Horror 5.778 mil
7 Zombi Kampong Pisang 1.23 mil Comic horror 2.371 mil
8 Sumolah 2.95 mil Comedy 1.194 mil
9 Waris jari hantu 1.5 mil Horror 1.743 mil
10 Diva 2.96 mil Drama 0.302 mil
11 Cinta yang satu 1.74 mil Romance 0.119 mil
12 Haru biru 500,000 Drama 0.412 mil
13 Kayangan 1.16 mil Romancec 0.257 mil
14 Impak maksima 1.53 mil Action 2.061 mil
15 Otai 1.5 mil Comedy 3.473 mil
16 Budak lapok (animation) 2.59 mil Comedy 0.161 mil
17 1957: Hati Malaya 3 mil Historical 0.316 mil
18 9 September 1.5 mil Comedy 1.186 mil
19 Mistri orang minyak 1.63 mil Horror 0.642 mil
20 Nana Tanjung 2 1.5 mil Comedy 2.245 mil
21 Anak halal 1.8 mil Drama 1.522 mil
22 *The bird house (C) 50,000 Drama 8,051
23 *Before we fall in love again (C) 193,000 Romance 3,893
24 *Things we do when we fall in love (C) 30,000 Romance 3,984
25 *Chalanggai (T) 250,000 Drama 7,321
26 *Hidden summer in my heart (C) 110,000 Drama 9,463
27 *A note of love (C) 88,000 Romance 4,255
28 *Flower in the pocket (C) 64,000 Drama 8,397
TOTAL IN RM 37.20 mil 29.64 mil

AKU CONGAK-CONGAK GUNA SEMPUA DARI SUMBER TAK RASMI.

Untuk pengetahuan, kos kasar projek Telefon Genggam: RM200. Pendapatan yang di anggarkan darinya pula adalah sifar ringgit Malaysia. Cuma aku ada hutang dengan Siti sekitar RM50 untuk kos alat solek. Harap maklum.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Muslim DVD rattles voters in key battleground states- CNN

Selasa, Oktober 14, 2008

FINAS FEATURE FILM FINANCING SCHEME (SPFC)

1    Orbit Mediasari Sdn. Bhd.    Kantoi RM1,000,000
2    The Cameracrew Production Sdn. Bhd    Aduh Saliha    RM1,000,000
3    Jajja Production Sdn. Bhd.    Jibam the movie    RM800,000
4    Mariana Hashim Production Sdn. Bhd.    8    RM1,300,00
5    *Starry Eye Production Sdn. Bhd.    Chermin  RM140,000
6    Halle Pictures Sdn. Bhd.    Rohaya Roy: Catatan si andartu RM1,200,000
7    Cosmovision Production Sdn. Bhd.    Taming Sari Lagenda tersembunyi RM1,500,000
8    Mega Wajasinar Sdn. Bhd.    Sereem    RM1,300,000
9    Mega Wajasinar Sdn. Bhd.    Keris Taming Sari     RM1,500,000
10    Dayang Digital Sdn. Bhd.    Lembing awing pulang ke dayang RM200,000
11    The First Poststudio Sdn. Bhd.    Momok the movie    RM1,200,000
12    KRU Communications Sdn. Bhd.    Cicakman 2-Planet hitam RM1,500,000
13    Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.    Cinta monyet versi 2 RM1,500,000
14    Raffi Hussain Corp. (M) Sdn. Bhd.    The Chini    RM1,500,000
15    Hez Communication Sdn. Bhd.    CE 1    RM1,500,000
16    MRE Network Alliance (M) Sdn. Bhd.    RM Eee … Hantu RM1,000,000
17    AXS Naga Sdn. Bhd.    Estet RM1,500,000
18    Pentas Opera Sdn. Bhd.    Ancaman penggodam RM1,000,000

JUMLAH RM20,640,000
(Sumber: E-mel Layang. Aku rasa tidaklah susah untuk percaya.)

Isnin, Oktober 13, 2008

TELEFON GENGGAM - Coming Soon 1 Nov 2008


Tajuk: Telefon Genggam
Tagline: Genggam Hingga Jadi Abu
Sinopsis: Sebuah filem khusus untuk tontonan anda. Ha! Ha! Ha!
(Bila engkau tekan punat info atas remote Astro, sinopsis yang sama keluar.)
Wajib Tayang: Pawagam Rumah Pena, Maskara Shorties- Coming Soon 1 Nov 2008
Harga Tiket: Potongan 100%



Cakarama Entertainment dan Flip Flop Pictures (Kedua-duanya syarikat tidak berdaftar. Saja nampak gempak.)
Penulis/Penyunting/Pengarah/ Penerbit: Tok Rimau (Fuck-Damn, bukan ahli FDAM)

Pembunuh Upahan: Tina Koh (Dah mati pun masih nampak cantik.)
Ajen Mossad / Penerbit Bersama: Dean Sham (Mula menakutkan orang seminggu sebelum pengambaran kerana dia menjiwai watak cepat sangat)
Kleptomaniac/ Solekan: Siti Shuhada (Sanggup mengorbankan alat mekap sendiri demi filem)
Pengebom Al Qaeda: Azie (Kelihatan sudah bertaubat untuk satu hari)

Prop: Liyana (Gagal mencari terompah tetapi berjaya mencari 5 buah jam)
Pembantu Pengarah: Atiqah (Tangannya penuh kapur)
The Making of: Izzati (Multi talented, dia buat skrip, handle kamera, interview orang, mengarah untuk The Making of Genggam)

Kamera: Fenggo (Fenggo dan Raja berkongsi cawan di McD)
Sound: Raja (Raja dan Fenggo berkongsi cawan di McD)

Foto: Sabariah (Tidak dapat main api kerana pulang cepat kerana menumpang Bak)
Foto/Poster: Bakri (Tidak sabar melihat cameraman terkial-kial dengan kamera)

Kesilapan Dalam Filem:
JCB enter frame. Apahal pulak JCB operator tu rajin-rajin kerja hari Ahad kat tempat yang tersorok seperti lokasi filem?!

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
50 Poster Filem Pilihan

Sabtu, Oktober 11, 2008

DOKTRINASI

Semalaman seorang insan tidur, mimpi bertamu bersiri-siri. Tetapi, satu dua mimpi sahaja dari malam yang panjang yang diingat di pagi hari. Mimpi-mimpi lain dibaham malam. Sendawanya igauan dan racauan. Biasanya tidak jelas langsung butirnya.

Aku tertawan. Ketumbukan yang aku terajui terkepung ketika kami berundur menyusur kali menuju ke paya. Kecederaan dan kematian di pihak kami banyak. Hubungan dengan ibu pejabat sudah putus dengan tertembaknya pemancar. Bilangan mereka terlalu ramai. Menyerah adalah pilihan yang terbaik.

Aku tahu apa yang akan terjadi kepada kami. Yang cedera parah akan ditembak mati. Yang cedera ringan akan dirawat sebelum mereka dihimpun dengan soldadu yang tidak cedera.

Seperti yang aku jangka, layanan terhadap tawanan perang sama di mana-mana pihak pun. Aku dilumpuhkan buat sementara waktu. Dibaringkan atas perbaringan. Lampu-lampu menyuluh fokus kepalaku yang sudah bercukur botak. Sedia untuk satu pembedahan.

Prosedurnya begini, umbun-umbun dihiris. Tujuh kabel kecil dimasukkan. 4 darinya bertujuan menyebabkan amnesia tentang sejarah silam. Kemudian, 3 kabel lagi bertugas memasukkan memori baru. Memori ini milik sang soldadu idealis yang disalin. Maka wujudlah seribu soldadu baru dengan semuanya memiliki keazaman, falsafah, iltizam dan jatidiri yang sama. Minda mereka dari acuan yang sama. Soldadu baru ini akn berjuang untuk tuan yang baru.

Aku dengar pakar bedah itu berkata, "ada lima parut hirisan lama atas umbun-umbunnya."

Ini bermakna minda aku telah diceroboh lima kali. Ingatan aku dipadam lima kali. Memori baru lengkap dengan doktrin dimasukkan lima kali. Aku manusia dengan sejarah palsu. Aku tunggu sahaja doktrin palsu yang berikutnya.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Monitor Your Web Popularity

Jumaat, Oktober 10, 2008

AKU GAGAL HISAB TAMBAHAN

1 minit atas DVD = 10 minit klip video mentah.
1 minit atas DVD = 1 muka surat skrip.
1 minit atas DVD = 2 muka papan cerita (story board)
5 minit atas DVD = 8 jam pengambaran

Pemboleh ubah lain adalah cuaca, trafik sekitaran, cikadak krew dan pelakon. Dan. Cikabadak sutradara.

Tidak boleh marah sangat krew dan pelakon kerana mereka biasanya terlibat secara sukarela untuk resume. Tapi, sutradara dah bawa keluar anak orang mestilah bagi mereka makan. Tidak boleh biarkan kebulur.

Ini pengalaman yang aku timba. Tidak banyak, muat-muat dalam timba. Ha ha ha. Nisbah masa di atas ini hanya boleh pakai untuk pembikin filem bebas dengan satu kamera dan menggunakan taktik gerila. Kalau Hollywood, Kollywood dan Greenwood , aku tidak tahu la nisbah mereka.

Apa pun,
90 minit atas DVD = Rm5 per DVD di JB. :-)

.........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR (Kalau engkau suka India dan ada masa senggang.)
Guerilla Filmmaking Tips 101
10:16

Khamis, Oktober 09, 2008

HADIAH DAN RASUAH

Dr. Nita, pensyarah aku, hantar sms - "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin."

Aku tepuk dahi. Aku lupa. Sepatutnya akulah yang ucap selamat kepada dia dahulu sebab aku ni murid. Tidak beradab betul aku.

Pun begitu, sehari sebelum cuti raya aku ada pergi pejabat dia. Bagi dia kuih raya satu balang. Hi! Hi! Hi! Aku cerita hal bodek ini kepada Azie dengan penuh bangga. Dia cuma bagi kad raya sahaja kepada Dr. Nita.

Azie kata, "Eleh! Kuih satu balang. I baru balik dari opis dia. Banyak hamper atas meja tau."

"Fuh!"

"Dr. Nita kata sebenarnya dia tidak suka students bagi dia apa-apa."

Alamak. Strategi pembodekan makan tuan. Nasib baik aku tidak mencuba sengguh-sungguh. Kuih raya je.

Rabu, Oktober 08, 2008

PERINGATAN

Bila emak dan ayah terpaksa tinggal rumah mencari rezeki, anak-anak kena pandai jaga diri.

Sabtu, Oktober 04, 2008

BOY SOLDIER




Selepas membaca A Long Way Gone oleh Ishmael Beah, aku mula Google tentang perang Sierra Leone. Membaca kemaskini perbicaraan penjenayah perang, Charles Taylor buat aku takut dan ngeri akan perang. Perang bisa membuat manusia hilang kemanusiaan.


"The rebels had captured a Temne man and wanted the Temne man to rape the witness. When the Temne refused the rebels started to beat him up. Eventually the Temne man gave in and raped her." Said witness TF1-064

SEDEKAH KERTAS

Aku, kalau bagi duit raya tidak suka pakai sampul. Aku berpandangan penggunaan sampul itu hanya menambahkan sampah dan membazirkan kertas. Tapi itu aku, orang lain tidak macam aku.

"Gi salam Pak Long."

Afimon pun berlari dan menghulur tangan kepada Pak Long. Pak Long bagi duit raya kepada Afimon dalam sampul merona hijau. Juga, ada tulisan khat berwarna emas atas sampul hijau itu.

Afimon nampak gembira.  Dia lari kepada aku untuk melapor, "Yeah ! Yeah! Dapat surat! Yeah! Yeah! Dapat surat!"

Ya. Afimon belum kapitalis lagi.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...