Khamis, Mac 28, 2013

TIMBUL TENGGELAM SUDAH HANTAR CETAK



DEDIKASI
Untuk minah cun yang mengorat aku. Dan mon-mon yang papa cintai.


BLURB

TIMBUL TENGGELAM adalah komentar sosial Tok Rimau tentang pertualangan hariannya. Ceritanya pendek-pendek dan menghiburkan. Sesuai dibaca ketika menunggu bas datang, kuliah bermula, kapal terbang berangkat dan kekasih hati siap berdandan.

Tok Rimau menulis dalam gaya sinikal yang bersahaja.  Humornya menyentuh dan mencuit hati. Tetapi kadang-kadang, buku ini menyakitkan hati juga. Ya, dunia ini tidak selalunya indah.

Dunia dari kaca mata Tok Rimau adalah terlalu pendek usianya untuk diambil terlalu serius. Kata orang tua untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. Apa pun, kedua-duanya pun menguntungkan. Itu pun, jika kita ambil seminit dua untuk bertafakur mengutip pelajaran.

Akhir kata, beli dua naskah buku ini. Satu untuk simpanan peribadi, dan satu lagi hadiahkan kepada manusia penting dalam hidup anda.

PRAKATA

Buku Timbul Tenggelam ini mengambil masa lebih 12 tahun untuk lahir. Kalau manusia, buku ini sudah masuk sekolah menengah.

Kandungan buku ini diilhamkan oleh orang-orang yang saya ketemu, tempat-tempat yang saya jejak dan aktiviti-aktiviti yang saya lalui. Saya catat pengalaman saya dalam blog, sejenis pelantar media sosial. Saya lontar sudut pandang saya dan pembaca blog memberi reaksi. Kemudian, saya sunting semula tulisan saya untuk dijadikan buku.

Saya mula menulis blog pada tahun 2000. Mula-mula dulu saya amat ghairah menulis. Setiap satu jam, satu entri. Kemudian, saya mula berdisiplin. Satu hari, satu entri. Kemudian saya mula pandai mengatur masa, mungkin satu entri seminggu. Kebelakangan ini, setahun satu entri.

Bukan saya jadi malas menulis, cuma saya mula sibuk dengan hobi-hobi lain seperti pembikinan filem pendek, penganjuran acara seni dan melukis kartun. Banyak sangat hobi saya (Helah bela diri).

Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan-rakan perjuangan penerbitan mandiri dan penganjuran acara seni, Sindiket Sol-jah. Lebih-lebih lagi, saya terhutang budi kepada tuan jeneral Sinaganaga.  Sebenarnya beliau tidak perlu gula-gulakan saya dengan kemasyuran dan wang ringgit, saya memang nekad pun mahu hasilkan buku ini. Cuma ambil masa sedikit.

Akhir kata, buku ini lahir melalui pelantar media sosial yang dinamik. Jangan biarkan kandungan buku ini statik bila ianya tercetak. Sebarang komentar dalam media sosial tentang buku ini, sila label #TimbulTenggelam.

Sekian, salam peluk cium.


......
Kemungkinan besar akan lancar di Pesta Buku PWTC.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...